Isnin, 18 Mei 2009

Majlis Hari Guru 2009

Dicatat oleh psssrap















Seperti kebiasaan 16 Mei pada setiap tahun semua sekolah akan menganjurkan Hari Guru untuk menggenang jasa dan menghargai pengorbanan bakti kepada semua guru diatas kesedian mereka mencurahkan ilmu yang amat bernilai kepada semua lapisan murid dan pelajar. Tidak terlepas juga Sek Ren Arab JAIM Pernu , Sekolah ini telah mengadakan program Hari Guru Peringkat Sekolah pada 19 Mei 2009 di hari isnin.




Program dimulakan diawal pagi di tapak perhimpunan, sesudah perhimpunan mingguan program disusuli dengan ucapan Guru Besar diikuti pula bacaan Perutusan Perdana Menteri Malaysia yang dibacakan oleh Ustaz Azrul dan Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia yang dibacakan oleh Cikgu Muhamat Aminuddin, begitu juga ucapan dari wakil murid yang dibacakan oleh Ketua Pengawas Adik Muhamat Fakrulrazi. Diakhir penutupan majlis pagi para guru memperdengarkan kepada murid lagu Guru Malaysia dan disusuli lagu tema guru tahun ini.













Selepas acara pagi program disambung dengan aktiviti perlawanan bola jaring antara guru lelaki dengan murid dan berkesudahan guru lelaki mendahului murid 5 berbalas 0. Perlawanan bola sepak antara guru wanita dengan murid pula berkesudahan seri 1 sama.












Selepas waktu rehat majlis disambung dengan acara dewan yang dipengerusi oleh cikgu Redza. Pada acara ini setiap guru dalam kumpulan masing-masing mempersembahkan pada murid berbagai nasyid dan lakonan, begitu juga persembahan murid mengikut kelas. Pada keseluruhan acara ini kecerian terpancar di setiap riak wajah guru dan murid yang mengikuti majlis ini.













Diharapkan pada tahun mendatang majlis seperti ini dapat dikekalkan dan diperhebatkan dengan aktiviti yang menarik..

Lihat lebih lanjut gambar Majlis Hari Guru SRAP 2009