Sabtu, 30 Mei 2009

Selamat Bercuti

Dicatat oleh psssrap

Setelah setengah tahun sesi persekolahan berlalu, para murid kini berada di musim cuti pertengahan tahun. Perbagai pengalaman dan input yang diperolehi murid dari sekolah ini.

Harapan kepada semua murid agar mereka dapat mengulangkaji di musim cuti ini.

SELAMAT BERCUTI

Selasa, 19 Mei 2009

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2009

Dicatat oleh Julia


Peperiksaan Pertengahan Tahun sedang berlangsung dari 19 Mei 2009 sehingga 25 Mei 2009. Semoga berjaya....



Isnin, 18 Mei 2009

Majlis Hari Guru 2009

Dicatat oleh psssrap















Seperti kebiasaan 16 Mei pada setiap tahun semua sekolah akan menganjurkan Hari Guru untuk menggenang jasa dan menghargai pengorbanan bakti kepada semua guru diatas kesedian mereka mencurahkan ilmu yang amat bernilai kepada semua lapisan murid dan pelajar. Tidak terlepas juga Sek Ren Arab JAIM Pernu , Sekolah ini telah mengadakan program Hari Guru Peringkat Sekolah pada 19 Mei 2009 di hari isnin.




Program dimulakan diawal pagi di tapak perhimpunan, sesudah perhimpunan mingguan program disusuli dengan ucapan Guru Besar diikuti pula bacaan Perutusan Perdana Menteri Malaysia yang dibacakan oleh Ustaz Azrul dan Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia yang dibacakan oleh Cikgu Muhamat Aminuddin, begitu juga ucapan dari wakil murid yang dibacakan oleh Ketua Pengawas Adik Muhamat Fakrulrazi. Diakhir penutupan majlis pagi para guru memperdengarkan kepada murid lagu Guru Malaysia dan disusuli lagu tema guru tahun ini.













Selepas acara pagi program disambung dengan aktiviti perlawanan bola jaring antara guru lelaki dengan murid dan berkesudahan guru lelaki mendahului murid 5 berbalas 0. Perlawanan bola sepak antara guru wanita dengan murid pula berkesudahan seri 1 sama.












Selepas waktu rehat majlis disambung dengan acara dewan yang dipengerusi oleh cikgu Redza. Pada acara ini setiap guru dalam kumpulan masing-masing mempersembahkan pada murid berbagai nasyid dan lakonan, begitu juga persembahan murid mengikut kelas. Pada keseluruhan acara ini kecerian terpancar di setiap riak wajah guru dan murid yang mengikuti majlis ini.













Diharapkan pada tahun mendatang majlis seperti ini dapat dikekalkan dan diperhebatkan dengan aktiviti yang menarik..

Lihat lebih lanjut gambar Majlis Hari Guru SRAP 2009

Khamis, 14 Mei 2009

SEKALUNG TAHNIAH

Dicatat oleh amin

TERIMA KASIH DAN UCAPAN SETINGI-TINGGI PENGHARGAAN KEPADA USTAZ ABD RASHID DIATAS USAHA BERTERUSAN BELIAU BERSAMA PUAN KARTINAHAYU DAN SEMUA GURU YANG TERLIBAT DALAM MERIALISASIKAN HARAPAN DAN IMPIAN SEMUA WARGA SEKOLAH RENDAH ARAB JAIM PERNU UNTUK MEMILIKI SEBUAH PERPUSTAKAAN YANG DAPAT MEMBERIKAN MANFAAT KEPADA SEMUA.SYABAS DIUCAPKAN.SEMOGA ANDA SEMUA DIBERKATI DAN DIMURAHKAN REZERKI OLEH ALLAH S.W.T.

Selamat Hari Guru

Dicatat oleh psssrap

Pihak sekolah akan mengadakan majlis Hari Guru Peringkat Sekolah pada hari isnin 18 Mei 2009. Harap Maklum ...

Kemasukan Guru Baru

Dicatat oleh psssrap

Pihak sekolah mengucapkan selamat datang kepada guru-guru baru yang akan berkhidmat di SRAP. Dengan kahadiran mereka semoga dapat memperkemaskan kecemerlangan sekolah ini.......

Rabu, 29 April 2009

Gambar

Dicatat oleh psssrap